RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN *PERGERAKAN ASAS*

SET 1

Permulaaan - Kemahiran Mengilas

Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas suatu tapak sahaja. Selain itu, mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. Contohnya, “kilas kiri-kanan” seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Gambar 1 : Mengilas

Gambar 2 : Aktiviti Mengilas

Dalam aktiviti yang dijalankan, iaitu aktiviti pergerakan binatang, yang melibatkan kemahiran mengilas.
Langkah-langkah dalam menjalankan aktiviti mengilas.
1.    Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.   5 jenis pergerakan binatang diperkenalkan iaitu:”duck walk”, “crab walk”, “frog walk”, “lion walk” dan egyption walk”.
3.    Murid-murid berdiri berselerak di tempat yang ditentukan.
4.    Apabila wisel ditiupkan, murid-murid melakukan pergerakan binatang “ duck walk” .
5.    Murid-murid akan berhenti bergerak apabila guru menjerit” freeze”.
6.    Langkah 4 dan 5 diteruskan dengan menukarkan pergerakan kepada ”, “crab walk”, “frog walk”, “lion walk” dan egyption walk”.

Gambar 3 : Crab Walk

Gambar 4 : Frog Walk

Gambar 5 : Lion Walk

Gambar 6 : Egyptian Walk

Perkembangan - Kemahiran Membaling

Terdapat tiga cara atau pola membaling iaitu balingan bawah paras bahu (underhand), atas paras bahu (overhand), sisi (sidearm). Membaling boleh dibaling dengan ketepatan, kelajuan, dan jarak yang memadai (Berk, 2005). Aktiviti – akitiviti fizikal yang dijalankan banyak menggunakan pergerakan membaling untuk memastikan perkembangan motor kasar dan halus yang berkesan.

Gambar 7 : Balingan bawah paras bahu

 Gambar 8 : Balingan atas paras bahu + sisi


Cadangan aktiviti adalah membaling dan menjatuhkan objek. Mereka menggunakan motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu, kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot,  tangan dan jari. 
 
Nama aktiviti:Music Circle
 Prosedur:
  1. Murid-murid dikehendaki berdiri di luar gelung bulatan mengeliling bakul. 
  2. Setiap murid diberi 4 pundi kacang. 
  3. Apabila muzik dimulakan, murid dikehendaki berjalan mengelilingi bulatan tersebut. Apabila muzik diberhentikan, murid-murid dikehendaki berhenti dan membalingkan pundi kacang ke dalam bakul. 
  4. Langkah ini akan diulang sehingga semua pundi kacang dibaling ke dalam bakul.
Cadangan untuk penambahbaikan:
  1. Bakul diletak di hadapan. Kemudian, mengaturkan murid dalam bentuk U.
  2. Apabila muzik diberhentikan, murid yang berada di depan bakul membalingkan bola ke dalam bakul. Keadaan ini dapat mengelakkan kecederaan berlaku semasa aktiviti membaling dijalankan.

Kemuncak - Aktiviti Gallop

  1. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. (11 orang dalam 1 kumpulan) 
  2. Murid akan membaling pundi kacang ke dalam bakul penentang dengan membuat pergerakan gallop.
Gambar 9 : Sebelum aktiviti dijalankan, penerangan diberikan. 
 
 Gambar 10 : Bersedia!!!

Gambar 11 : Aktiviti Gallop Bermula
 
* Gallop dalam bahasa Melayu ialah mencongklang, iaitu bergerak seperti seekor kuda.

Gambar 12 : Gallop
 
Cadangan untuk penambahbaikan :
  1. Menggunakan ruang yang lebih besar.  
  2. Memastikan semua murid terlibat dan menggunakan teknik mencongklang.

Penutup

Melakukan pergerakan ‘cooling down’ yang ditunjukkan dengan iringan muzik.

Gambar 13 : Cooling down

Pergerakan cooling down yang dipersembahkan oleh kumpulan ini mempunyai gabungan unsur-unsur yoga.


SET 2                                                              


Perkembangan 

Aktiviti 1 : Kemahiran Menggelecek
  • Menggelecek bola dengan kedua belah tangan secara statik di ruang diri.
  • Menggelecek bola dengan sebelah tangan ke pelbagai arah di ruang am.
  • Menggelecek bola dengan sebelah tangan sambil berjalan atau berlari.
  • Menggelecek bola dengan sebelah tangan (kanan dan kiri secara bergilir-gilir) sambil duduk, melutut atau berdiri.
  • Menggelecek bola dengan sebelah tangan di atas lantai atau di atas bangku panjang.
  •  Menggelecek bola dengan sebelah tangan sambil mengelak daripada diserang pihak penghalang.

Teknik Menggelecek

Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah dengan hanya menggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting bagi membolehkan pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke setempat. Meggelecek yang berkesan memerlukan pemain mengawal bola secara rapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari terbuka luas. Semasa bergerak dengan pantas, pemain hendaklah menolak bola dengan baik ke depan. Seperti kemahiran lain, mengelecek juga memerlukan latihan.


Gambar 1 : Menggelecek

Dalam aktiviti ini, murid–murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid akan membawa bola dengan cara menggelecek bola tersebut sehingga ke penamat tanpa menyentuh skitel.

Gambar 2 : Menggelecek


Aktiviti 2 : Kemahiran Menendang
  • Menendang/menyepak bola secara statik ke arah hadapan, kanan atau kiri.
  • Menendang/menyepak bola melepasi jarak yang ditetapkan.
  • Menendang/menyepak bola ke arah sasaran yang statik sambil berlari.
  • Menendang/menyepak bola ke arah sasaran yang bergerak sambil berdiri.
  • Menendang/menyepak bola ke arah sasaran yang tergantung sambil berdiri.
  •  Menendang/menyepak bola-bola yang bergerak tanpa atau dengan pihak penghalang.
Teknik Menendang
Sepanjang waktu bermain bola sepak kebanyakan menendang bola menggunakan kaki bahagian dalam ( dari hujung kaki hingga tumit ) atau menggunakan daerah kecil  di sekitar bahagian dalam jempol kaki. Untuk menendang bola dengan tahap kecepatan, kekuatan dan ketinggian yang berbeda. Tubuh akan selalu seimbang, dengan kepala yang diatas, kaki kiri bertumpu di tanah dan kedua tangan yang menyeimbangkan kaki ketika diayun untuk menendang bola.
Gambar 3 : Menendang
 
Dalam aktiviti ini, setiap murid diberikan 1 nama binatang dan dikehendaki mencari makanan yang dimakan oleh binatang tersebut. Selepas itu, murid-murid akan bergerak ke dalam skitel dengan jarak 5 langkah dari skitel. Apabila visel ditiup, murid-murid akan menendang bola ke skitel yang telah dikenalpasti.


Kemuncak : Aktiviti Membongkok
 
Prosedur
1.     Aktiviti ini terbahagi kepada stesen A dan stesen B.
2.     Di stesen A, murid pertama yang berdiri di hadapan menghantar pundi kacang kepada rakan di belakang di antara kedua belah kakinya.
3.     Pundi kacang dihantar satu demi satu kepada semua murid dalam barisan.
4.     Murid terakhir memasukkan setiap pundi kacang yang diterima daripada rakan di hadapan ke dalam bakul.
5.     Setelah selesai semua pundi kacang dimasukkan ke dalam bakul, murid dikehendaki bergerak ke stesen B.
6.     Dalam stesen ini, kumpulan yang sama dikehendaki membongkok badan dan mengolek bola  ke stikel yang  diletak di hadapan demi menjatuhkannya.

Gambar 4 : Kemahiran membongkok

Gambar 5 : Aktiviti membongkok badan dan menghantar pundi kacang kepada rakan di belakang.


Gambar 6 : Aktiviti membongkok badan dan mengolek bola ke hadapan demi menjatuhkan stikel

Kemahiran Membongkok
  • Fleksi di bahagian pinggan
  •  Membongkok sambil berdiri, kaki kangkang sambil menyentuh lantai
  • Membongkok sambil menyentuh sebelah kaki dengan kedua belah tangan 
  • Membongkong sambil menyentuh sebelah kaki dengan sebelah tangan yang bertentangan 
  • Membongkok sambil berdiri kaki rapat dan memeluk bahagian bawah kaki 
  • Membongkok sambil menghayun tangan ke kanan dan kiri 
  • Membongkok sambil menghulurkan kedua tangan ke belakang antara kaki
  • Membongkok sambil menggolek bola di atas lantai ke kanan dan ke kiri

Gambar  7 : Membongkok sambil berdiri, kaki kangkang sambil menyentuh lantai

Gambar 8 : Membongkong sambil menyentuh sebelah kaki dengan sebelah tangan yang bertentangan

Penutup - Lampu isyarat
Prosedur
  1. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan (6 orang dalam 1kumpulan) 
  2. Murid-murid akan bergerak dengan pergerakan yang diajar di dalam bulatan dengan iringan muzik.
  3. Murid-murid perlu peka terhadap kad yang ditunjukkan oleh guru iaitu 
    • Kad merah: Berhenti dan berdiri tegak 
    • Kad hijau : Meneruskan pergerakan 
    • Kad kuning: Berhenti dan berdiri dengan melangkah kaki kanan ke hadapan 
  4. Guru akan menunjukkan kad warna apabila muzik dihentikan dan murid akan bertindak balsa mengikut warna kad tersebut.
Gambar 9 : Susunan aktiviti “lampu isyarat”