PERMAINAN KANAK-KANAK KATEGORI JARING / DINDING : BEST BOXER


KELAS : PISMP SAINS SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2012

AHLI KUMPULAN :
KIUNG SIEW CHIN
NGU ZHI LING
OWN KE XIN
PUI PIE CHIEN
STEVEN SU KIONG LING
1.0  TAJUK

“Best Boxer”

2.0  MATLAMAT

Persediaan blog ini adalah untuk memperkenalkan permainan kanak-kanak kepada masyarakat supaya mereka dapat mengaplikasikan permainan ini dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di samping menyeronokkan kanak-kanak.

3.0  OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk:
  1. membantu pelajar menguasai semua kemahiran asas pergerakan untuk membentuk permainan kanak-kanak yang menarik. 
  2. sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran ICT. 
  3. meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar dalam membuat perancangan dan strategi P & P. 
  4. meningkatkan usaha, imej kendiri, keyakinan serta keperibadian dan sikap yang terpuji. 
  5. mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 

4.1 Gambar foto jenis-jenis alatan yang digunakan

 Gambar  1 : "Indian Rubber Ball"

 Gambar 2 : Jaring

Gambar 3 : "Boxing Gloves"

 Gambar 4 : "Shooter"

 Gambar 5 : Papan Pemarkahan

Gambar 6 : Papan Pemarkahan


4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan Mengikut Kategori Yang Dipilih 
  1. Kawasan permainan dibahagi kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B. 
  2. Murid-murid dibahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B. 
  3. Setiap pasukan mempunyai tiga orang pemain. 
  4. Setiap pemain diberi satu “boxing glove”. 
  5. Di tengah gelanggang badminton, terdapat jaring yang dipasang mengikut pelbagai ketinggian. 
  6. Semasa pengadil meniup wisel iaitu melambangkan permainan ini bermula, seorang pemain dari pasukan A akan melakukan servis dengan menggunakan “shooter” yang disediakan di zon servis A. 
  7. Selepas servis, pemain tersebut perlu masuk balik ke gelanggang untuk bermain.
  8. Pemain dari pasukan B menyambut bola yang dihantar oleh pasukan A dan pada masa yang sama melambung balik bola kepada pasukan A. 
  9. Setiap bola yang dilambung melalui jaring akan diberi mata berdasarkan ketinggian.
  10. Bola yang dilambung hanya dibenarkan melantun atas lantai sebanyak sekali sahaja.
4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan



4.4 Peraturan Dan Syarat-syarat Permainan 
  1. Bola yang dihantar tidak melepasi jaring dianggap batal. 
  2. Satu set permainan dikira dengan melihat mana satu pasukan yang mencapai 15 mata atau ke atas terlebih dahulu.

0 comments:

Post a Comment