KELAS : PISMP SAINS SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2012
AHLI KUMPULAN :
AHLI KUMPULAN :
KIUNG SIEW CHIN
NGU ZHI LING
OWN KE XIN
PUI PIE CHIEN
STEVEN SU KIONG LING
1.0
TAJUK
“Best Boxer”
2.0
MATLAMAT
Persediaan blog ini adalah untuk memperkenalkan permainan kanak-kanak
kepada masyarakat supaya mereka dapat mengaplikasikan permainan ini dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di samping menyeronokkan kanak-kanak.
3.0
OBJEKTIF
Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk:
- membantu pelajar menguasai semua kemahiran asas pergerakan untuk membentuk permainan kanak-kanak yang menarik.
- sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran ICT.
- meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar dalam membuat perancangan dan strategi P & P.
- meningkatkan usaha, imej kendiri, keyakinan serta keperibadian dan sikap yang terpuji.
- mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
4.1 Gambar foto jenis-jenis alatan
yang digunakan
4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan Mengikut Kategori Yang Dipilih
Gambar 1 : "Indian Rubber Ball"
Gambar 2 : Jaring
Gambar 3 : "Boxing Gloves"
Gambar 4 : "Shooter"
Gambar 5 : Papan Pemarkahan
Gambar 6 : Papan Pemarkahan
4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan Mengikut Kategori Yang Dipilih
- Kawasan permainan dibahagi kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B.
- Murid-murid dibahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B.
- Setiap pasukan mempunyai tiga orang pemain.
- Setiap pemain diberi satu “boxing glove”.
- Di tengah gelanggang badminton, terdapat jaring yang dipasang mengikut pelbagai ketinggian.
- Semasa pengadil meniup wisel iaitu melambangkan permainan ini bermula, seorang pemain dari pasukan A akan melakukan servis dengan menggunakan “shooter” yang disediakan di zon servis A.
- Selepas servis, pemain tersebut perlu masuk balik ke gelanggang untuk bermain.
- Pemain dari pasukan B menyambut bola yang dihantar oleh pasukan A dan pada masa yang sama melambung balik bola kepada pasukan A.
- Setiap bola yang dilambung melalui jaring akan diberi mata berdasarkan ketinggian.
- Bola yang dilambung hanya dibenarkan melantun atas lantai sebanyak sekali sahaja.
4.4 Peraturan Dan Syarat-syarat Permainan
- Bola yang dihantar tidak melepasi jaring dianggap batal.
- Satu set permainan dikira dengan melihat mana satu pasukan yang mencapai 15 mata atau ke atas terlebih dahulu.