PERMAINAN KANAK-KANAK KATEGORI JARING / DINDING : BEST BOXER


KELAS : PISMP SAINS SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2012

AHLI KUMPULAN :
KIUNG SIEW CHIN
NGU ZHI LING
OWN KE XIN
PUI PIE CHIEN
STEVEN SU KIONG LING
1.0  TAJUK

“Best Boxer”

2.0  MATLAMAT

Persediaan blog ini adalah untuk memperkenalkan permainan kanak-kanak kepada masyarakat supaya mereka dapat mengaplikasikan permainan ini dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di samping menyeronokkan kanak-kanak.

3.0  OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk:
  1. membantu pelajar menguasai semua kemahiran asas pergerakan untuk membentuk permainan kanak-kanak yang menarik. 
  2. sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran ICT. 
  3. meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar dalam membuat perancangan dan strategi P & P. 
  4. meningkatkan usaha, imej kendiri, keyakinan serta keperibadian dan sikap yang terpuji. 
  5. mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 

4.1 Gambar foto jenis-jenis alatan yang digunakan

 Gambar  1 : "Indian Rubber Ball"

 Gambar 2 : Jaring

Gambar 3 : "Boxing Gloves"

 Gambar 4 : "Shooter"

 Gambar 5 : Papan Pemarkahan

Gambar 6 : Papan Pemarkahan


4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan Mengikut Kategori Yang Dipilih 
  1. Kawasan permainan dibahagi kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B. 
  2. Murid-murid dibahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B. 
  3. Setiap pasukan mempunyai tiga orang pemain. 
  4. Setiap pemain diberi satu “boxing glove”. 
  5. Di tengah gelanggang badminton, terdapat jaring yang dipasang mengikut pelbagai ketinggian. 
  6. Semasa pengadil meniup wisel iaitu melambangkan permainan ini bermula, seorang pemain dari pasukan A akan melakukan servis dengan menggunakan “shooter” yang disediakan di zon servis A. 
  7. Selepas servis, pemain tersebut perlu masuk balik ke gelanggang untuk bermain.
  8. Pemain dari pasukan B menyambut bola yang dihantar oleh pasukan A dan pada masa yang sama melambung balik bola kepada pasukan A. 
  9. Setiap bola yang dilambung melalui jaring akan diberi mata berdasarkan ketinggian.
  10. Bola yang dilambung hanya dibenarkan melantun atas lantai sebanyak sekali sahaja.
4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan



4.4 Peraturan Dan Syarat-syarat Permainan 
  1. Bola yang dihantar tidak melepasi jaring dianggap batal. 
  2. Satu set permainan dikira dengan melihat mana satu pasukan yang mencapai 15 mata atau ke atas terlebih dahulu.

UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS

TARIKH : 13 OGOS 2012
KELAS : PISMP SAINS SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2012
TEMPAT : GYMNASIUM IPG KAMPUS PERLIS
AHLI KUMPULAN :
KIUNG SIEW CHIN - B
NGU ZHI LING - A
OWN KE XIN - D
PUI PIE CHIEN - C
STEVEN SU KIONG LING - E

Pergerakan 1 : Bukan Lokomotor

A dan B berdiri dan melambung gelung getah antara satu sama lain sambil memutar gelung dengan menggunakan pinggang.

Pergerakan 2 : Lokomotor
 
A memutar gelung dan melompat bersama-sama B melepasi gelung tersebut.

Pergerakan 3 : Bukan Lokomotor
 
A, B dan E berdiri sambil melambung dan menyambut gelung daripada rakan di sebelah kanannya secara bergilir-gilir.

Pergerakan 4 : Lokomotor
 
A dan E mencongklang sambil melantun dan menyambut bola antara satu sama lain.

 Pergerakan 5 : Bukan Lokomotor

A, C dan E berdiri di atas peti lombol, C melambung bola melepasi tangan A kepada E dan E menyambut bola.

Pergerakan 6 : Lokomotor
 
C dan E mengelungsur  ke hujung tilam sambil melontar dan menyambut bola antara satu sama lain.


Pergerakan 7 : Bukan Lokomotor
 
C, D dan E berdiri dalam satu barisan sambil membaling reben secara berselang-seli.
 Pergerakan 8 : Lokomotor


C dan D skip sambil memutar reben di sisi badan.
  
Pergerakan 9 : Bukan Lokomotor
 
C dan D berdiri sambil membaling reben kepada pihak depan.

Pergerakan 10 : Lokomotor
 
D berjalan melalui skitel sambil melambung dan menyambut bola.

Pergerakan 11 : Bukan Lokomotor
 
B dan D meringkuk dan meregangkan badan sambil berdiri di atas lantai dan melambung bola kepada pihak hadapan.

Pergerakan 12 : Lokomotor


B berjalan di atas bangku sambil memutar gelung dengan menggunakan pinggang.

Pergerakan 13 : Bukan Lokomotor



B dan E berdiri sambil memukul dan menyambut bola secara berselang-seli.

Pergerakan 14 : Lokomotor


E merangkak melalui tangga sambil menggolek bola pada bahagian kepala.

Pergerakan 15 : Bukan Lokomotor
 
A, B, C dan E duduk dalam satu bulatan, mengilas pinggang sambil menggunakan gelung untuk menggolek bola dari A ke arah B dan E ke arah C dan seterusnya.

Pergerakan 16 : Lokomotor
 
A memegang tangan B dan C lalu membawa mereka berlari dalam bentuk bulatan, B dan C menggoyang reben di sisi badan.

Pergerakan 17 : Bukan Lokomotor


A, B, C, D dan E duduk bersilang sambil melontar dan menyambut bola dalam bentuk .
 
Pergerakan 18 : Lokomotor



D ketingting sambil menggelecek bola dengan sebelah tangan. 

Pergerakan 19 : Lokomotor

 
D memutar gelung sambil melompat melepasi gelung tersebut.

Pergerakan 20 : Bukan Lokomotor

 
A, B, C, D dan E berdiri dan memutar gelung dengan menggunakan pinggang sambil melambung dan menyambut bola secara berselang-seli.


AKHIRNYA, kami....